Music From Siti Nurhaliza
Under Suria Records Label
More coming soon
Album studio ke-14 daripada Dato' Siti Nurhaliza dan merupakan yang pertama berbentuk kerohanian daripada beliau. Album solo ke-4 terbitan Siti Nurhaliza Productions ini mempertaruhkan 8 buah lagu yang menyentuh perasaan serta terjamin kualitinya.
Ditangani komposer handalan seperti Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subakto, Siti juga menulis ebuah lagu berjudul 'Batasku Asaku' yang menjadi runut bunyi filem 'Perempuan Berkalung Sorban' selain nyanyian semula 'Ketika Cinta'. Turut dimuatkan Asma Ul Husna dan Selawat.
Album ini wajar diberi perhatian kerana merupakan salah satu hits yang dihasilkan untuk tahun 2009. Dapatkan Tahajjud Cinta yang original.
Tracklist:
Produksi:
Review:
Asma Ul Husna
Trek pertama di dalam Tahajjud Cinta. Kedengaran seperti mendengar sebuah album nasyid. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan yang dirasakan kerana alunan Asma Ul Husna yang memuji 99 nama Allah kini dialunkan oleh Dato' Siti. Agak jenggal mendengar usaha beliau dalam menyanyikan lirik dalam bahasa Arab dengan sempurna, bagaimanapun usaha beliau tidak mengecewakan, cuma durasi yang terlalu lama iaitu 6.00 minit menjadikan saya bosan untuk selalu mendengar trek pertama ini.
7/ 10
Pintu Rindu
Biarkan airmata menitis merenung kekesalan... terus terang saya katakan lagu ini yang paling berjaya dalam usaha mengajak pendengar terutama di kalangan muslim untuk mendekati Tuhan. Lirik Hairul Anuar Harun yang sangat puitis membuatkan saya hampir menitiskan airmata terutama lirik-lirik seperti 'Sungguh ku buta dalam cahaya, sungguh ku lupa tika bahagia...' dan juga 'Ku tunggu waktu bila bertemu, hidup matiku hanya untukMu...' sesuai dengan melodi selawat lagu lama yang dinyanyikan semula Siti ini.
10/10
Tahajjud Cinta
Bosan!!! Lagu ini sukar menangkap di telinga namun liriknya sangat-sangat indah!
5/ 10
Batasku Asaku
Bilang apa saja! Mungkin orang akan kata, kenapa kita sangat mengagungkan lagu luar terutama dari Indonesia. Buktinya ini, walaupun melodinya ciptaan Dato' Siti kita sendiri, tapi penghasilan orang Indonesia sangat teliti. Lirik yang penuh bermakna dan melodi yang best!
10/10
Ku Percaya Ada Cinta
Sesuatu yang baru dan segar, paling suka part Chorus 2. Tapi perbezaan tiga rangkap yang terlalu berbeza menjadikan lagu ini sangat pelik, 'flow' intro sampai korus okay, tapi selepas habis Chorus lagu ni saya rasakan sangat pelik. Tak tahu kenapa?
7/10
Ya Rasulullah
Seperti pernah mendengar lagu ini tetapi dimana ya? Walaubagaimanapun lagu ini juga cukup sempurna, lirik dan melodinya.
10/10
Ketika Cinta
Lagu ini dicipta Opick yang pernah menggegarkan dengan 'Dealova' dari Once. Tidak hairanlah lagu ini sangat sedap dari mula sampai akhir!.
10/10
Selawat
Tiada komen lain sama seperti Asma Ul Husna. Saya kira lagu-lagu begini boleh digunakan untuk menenangkan jiwa.
8/ 10
Keseluruhan
Tahajjud Cinta bukanlah sebuah produksi yang boleh diperlekehkan kerana dijaga kualitinya dari setiap aspek- susunan muzik hinggalah kepada kulit album. Walaupun hanya mengandungi 8 buah lagu dan tidak segah penghasilan Transkripsi dan Lentera Timur, ternyata RM29.90 adalah berbaloi untuk membayar album ini. Jangan lupa dapatkan yang asli dipasaran sejak 9 September 2009.
Rating album: 8/ 10
Rating cover & inlay: 10/ 10
Playlist: Akan Datang!
Video Muzik:
Anugerah:
Setelah industri seni semakin mengecil, langkah Dato' Siti Nurhaliza untuk memertabatkan irama tradisional terus dilakukan. Menzahirkan Lentera Timur selepas kali terakhir menghasilkan Sanggar Mustika pada tahun 2002, usaha murni Siti dan SNP tidak patut dipandang sepi. Lebih-lebih lagi dalam usaha mengangkat khazanah budaya bangsa yang akan lenyap sekiranya dilupakan. Lentera yang bermaksud Cahaya memberi interpretasi tersendiri seolah memberi cahaya kepada muzik irama bangsa yang semakin dipinggirkan terutama digolongan anak muda. Menghadirkan sebelas karya terbaik dan berkualiti, ternyata Lentera Timur bukanlah sebuah album main-main. Ini terbukti apabila album ini diiktiraf sebagai Album Terbaik pada Malam Anugerah Industri Muzik yang lepas biar banyak album dan lagu bergenre lain yang turut bertanding, sekaligus membuktikan kredibiliti Siti yang tidak lagi boleh dipertikaikan.
Suntikan elemen moden memberikan nyawa kepada setiap karya tradisional ini yang masih kuat berakar umbi muzik melayu sekaligus mencipta kelainan buat halwa telinga. Jadi buat anda yang masih belum mendapatkannya, segera mencari Lentera Timur kerana anda akan menemui keindahan khazanah kita sendiri yang memang penuh dengan kesopanan, gurau senda dan kesegaran.
Tracklist:
Audio:
Track 11 - Di Taman Teman
* Track lain akan dimuatnaik kemudian
Video:
Anugerah:
Pencalonan:
Penerbit: Dato' Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Sharon Paul, Greg Henderson & Jenny Chin
Lagu-lagu: Ku Mahu, Melawan Kesepian, Mulanya Cinta, Tanpa Kalian, Biarkan, Kerana Dirimu, Hati, Wanita, Cintamu, Sutramaya & Sekian Lama
Ulasan album:
Dari SitiClix.com
Ku Mahu
Jujurnya saya kurang gemar dengan lagu ini. Walau bagaimanapun ianya 'selamat' kerana Dato' Siti.
Saya rasa tiada apa yang perlu di komen tentang lagu ini. Cuma rentak lagu ini tidak menzahirkan makna liriknya yang tidak mahu kecundang dalam cinta lagi.
5/10
Melawan Kesepian
Pada mulanya saya tidak kena dengan lagu ini. Satu alasan saya ialah kerana lagunya yang meleret. Tapi saya pujuk diri supaya mendengarnya dengan teliti. Hasilnya saya sangat suka dengan melodinya, liriknya dan lontaran vokal Dato' Siti sendiri. Satu lagi hits dari Pongky selepas Seindah Biasa
10/10
Mulanya Cinta
Sama juga seperti Melawan Kesepian, pada mulanya saya langsung tidak mendengar lagu ini. Kemudiannya, baru saya suka mendengarkan lagu ini kerana puitis liriknya yang begitu bermakna biarpun saya tidak menggilai lagu ini seperti Melawan Kesepian
8/10
Tanpa Kalian
Agak janggal di telinga. Namun saya masih mampu untuk mendengar lagu ini biarpun bukan favourite saya.
7/10
Biarkan
Lagu ini paling saya tidak gemar. Biar kata orang saya tidak up to date atau apa pun, lagu ini bagi saya sepatutnya Dao' Siti mendapatkan karya yang lebih baik daripada pencipta tersohor seperti Azlan
4/10
Kerana Dirimu
Kali pertama mendengar petikan gitar lagu ini dipadu dengan vokal memukau Dato' Siti terus membuatkan saya jatuh cinta dengan lagu ini
9/10
Hati
Selain patriotik dan begitu mendalam maknanya, lagu ini betul-betul menarik saya untuk mendengarnya berkali-kali. Kiranya seperti saya mendengar Biarlah Rahsia, Pastikan atau Bisakah dari Transkripsi
10/10
Wanita
Lagu ini memang perfect, beli sahaja cd ini, terus saya putarkan kepada lagu yang berada di trek kelapan ini. Liriknya begitu menyentuh dan membuatkan saya lebih menghargai wanita... hehe
10/10
Cintamu
Lagi dari Sharon Paul selepas Hati. Sejujurnya saya tidak begitu suka dengan nada-nada ciptaan Sharon Paul kecuali Hati. Namun tidak begitu buruk di pendengaran.
7/10
Sutramaya
Saya tidak tahu kenapa saya banyak skip apabila pertama kali mendengar Hadiah Daripada Hati kecuali Wanita dan Hati. Tapi lagu ini memang susah hendak menambat hati saya. Kenapa Aubrey tidak mampu memberikan sentuhan yang sebisa Beradu Di Khayalan (Safa) atau Bisakah (Transkripsi)? Namun bila di dengar berulang kali... layan juga
8/10
Sekian Lama
Nasib baik Azlan memberikan sentuhan keduanya yang saya kira jauh lebih baik dari Biarkan. Ini barulah setaraf Terlalu Istimewa! Memang best!
9/10
Kesimpulannya, biarpun Dato' Siti ada menyentuh supaya tidak membeza-bezakan album ini dengan album terdahulu, namun saya tetap ingin menyatakan produksi Transkripsi adalah lebih jauh baik daripada Hadiah Daripada Hati. Namun saya tidak berkata Hadiah Daripada Hati tiada istimewanya. Mungkin juga faktor masa yang terlalu singkat untuk menghasilkan album ini? Saya ingin mengakhiri ulasan saya dengan satu pertanyaan... manakah hasil usaha yang lebih baik, album yang dihasilkan dalam masa 2 tahun (Transkripsi) atau 2 bulan (Hadiah Daripada Hati)? Tepuk dada tanya selera...
Transkripsi
TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.
Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata.
Apa yang perlu adalah kita mewarnakan perjalanan hari. Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan abadi. Kita ini insan yang impiannya melebihi ketinggian langit, yang rasa kemahuannya melebihi keupayaan yang dibangkit, yang makna kehendaknya tidak seperti upaya yang terbit. Keterbatasan inilah yang akhirnya membuat kita semua kembali ke pangkal dan berpamit.
Penerbit Bersekutu: Tarudin Ismail, pkc Siti Salmah Bachik
Penerbit Eksekutif: Siti Nurhaliza Tarudin jsm,sap,pmp, aap, Saiful Bahri Tarudin
Penerbit: Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin,
Cat Farish, Firdaus Mahmud, Damian VE
Penyelaras Produksi: Rozi Abdul Razak
Mastered: Fauzi Marzuki @ Fauzi Marzuki Productions
Promosi: Unit Promosi Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd., Suria Records
Pakaian: GUCCI - Koleksi Siti Nurhaliza, CHIRSTIAN LACROIX - dari Melium Group
Penyelaras Pakaian: Yana
Kasut: Stuart Weitzman & Salvatore Ferragamo - Koleksi Siti Nurhaliza
Solekan: Nurul Shukor @ Nurul Shukor Touch & Razlan Bahari
Konsep Kulit Album: Nizam Rahmat @ AD.verse
Artwork & Rekabentuk: Raskuz @ AD.verse
Photo Enhancement: Bowei Lee
Jurufoto: Bustaman @ White Studio
Pengurusan Artis: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.
Email: snpsb@streamyx.com
Laman web rasmi: Sitizone.com,
Song: Siti Situ sana Sini, Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta, Cuba untuk Mengerti, Hidup Penuh Bicara, Pastikan, Hati Berbisik, Rupanya Kita Serupa, Tanpa Dendam Di Hati, Intrig Cinta, Impiankan Nyata, Bisakah
:: Untuk info lebih lanjut seperti galeri foto & ulasan album, sila klik di SINI