
Assalamualaikum dan salam penuh ceria, Alhamdulillah Konsert Seribu Warna telah selamat berlangsung dengan jayanya.
Pertama sekali, tahniah kepada semua yang hadir. Saya ingin sekali menghadiri konsert tersebut, namun apakan daya nasib dan rezeki tidak menyebelahi saya. Kerana beberapa masalah peribadi saya tidak dapat menghadiri acara wajib bagi semua Sitizoners. Tak apa, mungkin saya boleh menontonnya nanti jika ditayang di televisyen ataupun diterbitkan didalam bentuk VCD dan DVD.
Bercakap soal VCD konsert, selepas konsert SATU dan 1000 Warna, saya sebenarnya sudah bertahun tertanya-tanya bilakah kami semua peminat Dato' Siti boleh mendapatkan Konsert Istana Cinta tribute kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma yang diadakan dua tahun lalu. Seingat saya didalam salah satu mesej Dato' Siti di Sitizone.com, beliau ada mengatakan VCD tersebut akan dikeluarkan dan dalam perancangan. Walaupun sudah 2 tahun berlalu, saya masih menantikannya. Mungkin SNP akan mengeluarkannya? Kita nantikan.
Apapun, Alhamdulillah lebih kurang seminggu lagi, Siticlix akan genap berada di alam maya untuk tempoh 6 tahun lamanya, tidak terlalu panjang, tidak juga terlalu pendek. Tetapi sepanjang 6 tahun ini, saya tak pernah berhenti melakukannya walau banyak rintangan terutamanya kekangan masa untuk terus mempersembahkan Siticlix. Saya harap semua pengunjung dapat menerima laman ini seadanya. Dari bukan apa-apa, kepada semangat kental yang tak pernah pudar dan akhirnya tersenarai di Sitizone.com, kini laman ke-3 paling banyak dikunjungi, saya tidak mahu berhenti berterima kasih kepada anda semua yang menjadi faktor penyumbang kewujudan Siticlix untuk jangka hayat sepanjang ini. Terima kasih semua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya saya berpeluang bertemu ruang waktu untuk terus menyudahkan SitiClix. Masa berlalu dengan begitu pantas, sedar tak sedar 23 November 2009 nanti, genaplah usia 6 tahun saya mengemudi SitiClix, sekali lagi secara seorang diri.
Saya perlu akui bukan mudah untuk membina laman web, walaupun dengan menggunakan khidmat laman secara percuma. Untuk itu saya sangat-sangat berbangga dengan hasil kerja mereka-mereka yang meluahkan idea sendiri dan membina laman web untuk Dato' Siti Nurhaliza seperti Calmille, HDSN dan yang terbaru CTFM. Memang bukan mudah, terutama faktor masa yang menghambat untuk menyiapkan segalanya. Tabik buat semua pencinta Dato' Siti yang merelakan waktu dilepaskan demi menyiapkan sesuatu yang dituju buat insan ini yang telah kita sayangi lebih sedekad yang lalu.
Terimalah laman ini seadanya, yang tidak sempurna dan tidak seberapa. Tetapi inilah bukti kecintaan saya terhadap seorang insan seni yang mempunyai tempat diseluruh hati rakyat Malaysia. Semoga segalanya berjalan lancar dan doakan laman ini kekal buat selamanya.
Wassalam.

TAHAJJUD CINTA (2009)
Producer (EP): Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Saiful Bahri Taruddin
Producer: Dato' Siti Nurhaliza, Audi Mok, Eddie Marzuki & Tya Subiakto
Produced by: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.
Songlist: Asma Ul Husna, Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah, Ketika Cinta & Selawat
Length: NIL