Siti Nurhaliza kini nama besar di Malaysia dan Indonesia... Siti Nurhaliza berjaya menghasilkan album-album solonya yang terus sukses seperti Pancawarna, Sahmura, safa, Sanggar Mustika, EMAS, Prasasti Seni, Transkripsi sehinggalah yang terbaru, Hadiah Daripada Hati. Beliau juga adalah penyandang Bintang Paling Popular 5 kali berturut-turut (1998-2001) dan pada 2004, serta Penyanyi Wanita Popular di Malaysia buat 11 tahun berturut-turut.
Siti Nurhaliza juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa, antaranya:-
Indonesia:- Siti sudah menjadi nama besar di republik ini. Pendedahan Siti yang pertama di Indonesia ialah apabila tersiarnya artikel berkenaan Siti dengan tajuk 'Belum Punya Teman Dekat' di akhbar popular republik itu iaitu POS Kota edisi April 1997. Justeru Siti di anggap hebat kerana terdedah dengan media daripada Indonesia yang diketahui sukar untuk menerima artis dari seberang. Siti juga di sifatkan sebagai artis pertama Malaysia mengadakan persembahan live di dalam stesyen telvisyen IndoSiar, seterusnya melebarkan sayapnya apabila setiap albumnya laku di Indonesia. Siti juga telah mengadakan konsert tournya di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Bandung, Yogjakarta dan lain-lain.
Singapura:- Beliau diterima baik di Singapura selepas popular duet Mawarku. Siti juga mengadakan konsert solonya di Habour Pavillion dan di katakan menerima bayaran sebanyak SS120,000 atau kira-kira RM270,000. Siti juga kini adalah nama besar di Singapura.
China:- Siti menang sebagai Juara Pertandingan Lagu-Lagu di Shanghai pada 1999.
Australia:- Siti menang sekali lagu untuk South-Pacific Asia Song Contest pada 1999 dengan lagu Satu Cinta Dua Jiwa yang di alih bahasa menjadi We'll Be As One. lagu ini juga menjuarai carta Top/ Pop 40 di sana.
Kazakhstan:- Siti menang pertandingan Voice of Asia sekaligus menewaskan 14 peserta negara lain.
Jepun:- Siti mula ke Jepun selepas tahu rakaman lagu 'Percayalah' daripada salah satu siri konsertnya di Tokyo di minati ramai pada tahun 2002. Siti juga mengadakan konsert di Yokohama pada tahun 2003.
London: 1 April 2005- tarikh sepuluh tahun Siti di bidang seni menjadi saksi alunan lagunya di Dewan Di-Raja Albert, London. Siti mengadakan konsert solonya di sana dan ianya mendapat sambutan baik rakyat Malaysia dan England. Siti menjadi penyanyi asia kedua mengadakan konsert di sana selepas Lata Mangeshkar dan artis kedua mengadakan persembahan selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Kini, Datuk Siti Nurhaliza yang sudah menerima lebih 152 penghargaan dan anygerah terus menaburkan baktinya kepada dunia seni tanah air biarpun berdepan dengan pelbagai gossip dan cerita kurang enak. Bagi kami, peminat-peminatnya, dialah idola kami. Bak kata Duli yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah- She's My Superstar. Penampilan terbaunya yang berselendang juga di lihat tidak memudarkan popularitinya.